Cara Kira Loan Rumah Untuk Beli Rumah Pertama

First-timer's guide to buying a home in Malaysia | RealestateMY

Semua orang pasti memasang angan-angan untuk memiliki rumah idaman. Tidak kira dalam masa terdekat atau pada masa hadapan, beli rumah pertama merupakan matlamat kewangan bagi kebanyakan orang terutamanya golongan muda. Antara tips beli rumah pertama yang sering dikongsikan oleh pakar kewangan adalah dengan membuat perancangan dan mencari maklumat secukupnya mengenai pembelian rumah.

Apabila berbicara mengenai pembelian rumah mampu milik, perkara pertama yang terlintas di fikiran sudah pasti pinjaman perumahan.  Sebenarnya, ada banyak cara dan tips beli rumah pertama. Ramai yang memilih untuk mengambil pinjaman perumahan dari bank atau pinjaman peribadi untuk membiayai kos beli rumah. Bagi mereka yang layak, bolehlah membuat pengeluaran KWSP untuk beli rumah.

Sebelum anda memohon pinjaman perumahan, anda perlu ketahui cara kira pinjaman rumah. Ini penting bagi membolehkan anda tahu sama ada anda layak atau tidak untuk beli rumah pertama idaman anda, baik unit rumah subsale mahu pun unit rumah baru. 

Perkongsian ini akan menjadi panduan sebagai persediaan awal untuk beli rumah pertama. Ketahui lebih lanjut di sini!

Kalkulator Loan Rumah Untuk Membantu Beli Rumah Pertama 

Malaysia Housing And Property Loan Calculator by TYH & Co.

Ramai yang risau nak beli rumah pertama dengan gaji kecil. Sebenarnya, ada cara kira loan rumah berdasarkan gaji kasar. Anda juga boleh gunakan kalkulator loan rumah bagi mendapatkan nilai yang lebih tepat.

Di internet, ada banyak kalkulator loan rumah yang anda boleh gunakan untuk kira kelayakan pinjaman perumahan. Anda hanya perlu isikan data pendapatan bersih, komitmen sedia ada, instalment rumah baru dan kadar kelulusan. Kalkulator ini akan kira loan rumah secara automatik.

Kalkulator loan rumah ini mengambil kira kadar Debt Service Ratio (DSR) berdasarkan gaji bulanan dan pendapatan bersih anda. Instalment pinjaman sedia ada merujuk pada jumlah bayaran bulanan untuk pinjaman lain seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman peribadi dan perbelanjaan lain-lain. 

Cara Kira Loan Rumah 

Untuk lebih memahami cara kira loan rumah, anda perlu berikan lebih perhatian pada DSR. Dalam bahasa mudah, Debt Service Ratio atau DSR ialah nisbah hutang kepada pendapatan bersih. Berikut merupakan formula DSR:

DSR = bayaran komitmen kepada bank setiap bulan / pendapatan bulanan anda x 100%

Sebagai contoh, pendapatan bersih anda adalah sebanyak RM3,000 sebulan dan mempunyai komitmen bulanan RM1,500. Berdasarkan formula ini, DSR atau nisbah hutang anda ialah 50% (1500/3000 x 100).

DSR adalah penting bagi membantu anda mengetahui kelayakan pinjaman perumahan mengikut gaji bulanan sebelum anda hantar permohonan ke bank. Dalam kata lain, bank akan menilai sama ada anda mampu untuk membayar semula pinjaman perumahan berdasarkan peratus DSR anda. 

Antara cara untuk tahu jika anda layak untuk beli rumah pertama adalah dengan memastikan DSR anda tidak melebihi had maksimum yang telah ditetapkan oleh pihak bank. 

Memohon Pinjaman Perumahan Bank

Importance of Age and Tenure When Applying for a Loan - Finance Buddha Blog  | Enlighten Your Finances

Tidak kira anda mahu memohon pinjaman perumahan dari mana bank sekali pun, cara pengiraan adalah sama sahaja untuk beli rumah pertama. Yang berbeza mungkin hanya pada kadar faedah pinjaman mengikut yang telah ditetapkan oleh bank tersebut.

Semakin rendah peratus DSR anda, peluang anda untuk lulus pinjaman rumah. Bank menetapkan had DSR maksimum bergantung kepada profil kewangan individu. Boleh dikatakan yang semakin tinggi pendapatan anda, semakin tinggi had DSR yang anda boleh capai. Antara cara untuk naikkan had DSR adalah dengan cara menjana pendapatan sampingan. Ramai yang jana pendapatan sampingan tanpa modal bagi mencapai kadar had DSR yang tinggi. 

Selain dari pinjaman ini, ada juga yang memohon pinjaman peribadi untuk membiayai pembelian rumah pertama. Ramai yang tidak gemar untuk ambil pinjaman ini, tetapi memilih pengeluaran KWSP untuk beli rumah. Semuanya bergantung pada keadaan dan kesesuaian anda. Untuk lebih jelas, anda boleh kaji dan bertanya di bank mengenai pinjaman perumahan yang ditawarkan.